Kamis, 11 Agustus 2011

EGG BENJO....YANG DAH TAK BENJOL!

P1300502

Salam petang semua, ngantuk lah, ternampak bebantal jee nih, nak yang senang dan ringkas dan anak2 pun suka?.. Apa kata buat Egg Benjo, buat pun cepat, kalau nak lagi mewah, boleh letak keju chessdale sekeping. Mat nya keju kehabisan pulak, kalau tak lagi meriah tu. Kadang2 bukan semua anak2 akan berbuka dengan nasi, mereka lebih memilih mee, atau soto dan sebagainya. Kalau roti pun mereka pilih juga, dah nama anak2 kan. Orang dewasa pun ada selera masing2 ni lagi lah budak2, berpuasa pulak tu... Egg benjo ni buat dia senang sahaja, cuma tekur tu mat goreng guna acuan bulat bentuk macam gegelang gitu. Ok meh lah mat tulis serba ringkas rsipi dia yeaa (mat buat 4 egg benjo semalam)...Jomm..



BAHAN-BAHANNYA :-)

4 biji roti burger

4 biji telur

4 keping keju chesedale (optional)

Daun salad secukupnya

Hirisan timun secukupnya

Hirisan tomato secukupnya

Sos kegemaran, mat guna thousand island + cili sos



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak telur satu persatu menggunakan acuan bentul gegelang bersaiz 3 1/2 inci hingga siap. Roti burger dibelah dua, sapu sedikit marjerin dan panggang sekejap hingga perang. ketepikan.
  2. Ambil satu roti burger tadi (atas dan bawah). Alas daun salad pada bahagian bawah roti, susun timun dalam 4 keping, diikuti hirisan tomato dan keju chesdale. Letak sekeping telur, paipkan dengan sos kegemaran, dan tutup dengan bahagian atas roti, tekan2 sedikit. Buat kaedah sama untuk baki roti dan bahan2...Siap untuk dihidangkan.



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : EGG BENJO....YANG DAH TAK BENJOL!

0 komentar:

Posting Komentar