Sekarang ni kalau petang saja, mula mendung dan hujan. Bila dah hujan maka melilau lah orang2 dirumah sekitar ruangdapur. Kadang2 rasa tak bes juga kan bila meja kosong, takde apa untuk minum petang. Dan salah satu menu paling simple, paling mudah ialah cekodok. Ada pelbagai cara dan resipi untuk bikin cekodok. Dan che mat sendiri tiada resipi khusus, yang mana aku buat dan menjadi, itulah resipinya. Biasanya cekodok atau jemput2 atau cucur, anda boleh adun cair atau pekat. Kalau nak cucur yang lembut, buat adunannya lembut, kalau suka pejal sikit, bancuhan biar pekat sedikit. Telur dan serbuk penaik antara bahan yang memainkan peranan penting untuk mendapat cucur yang lembut. Ada juga yang bancuh dengan air panas, tapi che mat buat yang biasa2 saja...yang mudah lagi senang...
Dalam cucur ini, che mat masukkan juga 1 genggam ikan bilis. Anda boleh ganti dengan udang hidup, kalau dapat udang bersaiz kecil. Kalau udang anda guna besar, kerat2 biar kecil. Ada yang komen di FB, cucur macam ni sedap kalau dimakan dengan kuah kacang, tapi che mat makan sama sambal tumis sotong, ehemm, sedap you! Kalau tengok resipi nanti, ia agak banyak. Dan jika anda ingin mencuba dalam kuantiti tidak banyak, bijak2 lah yea kurangkan bahan2 dalam resipi...boleh kan?...alah che mat tau anda orang yang bijak, pasti boleh. Sebelum kita lihat resipi, sudi2kan lah singgah di sini...terima kasih..
2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas. Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
- Perlahan2, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..
0 komentar:
Posting Komentar