Selasa, 02 November 2010

SPAGHETTI WITH TOMATO SAUCE.

Spaghetti With Tomato Sauce
Dahh agak dah, mesti kata, si mat ni mabuk spaghetti...hahaha, adehh malas nak komen, tengok jeelah kalau tak sudi sila tengok N3-N3 yang lepas yea, ada banyak lagi idea2 yang memikat. Sebenarnya petang tadi malas leer, tatau apa dah nak buat. Jadi mat saja lah buat spaghetti ni, tapi sayang anak dara ku telah balik ke Kemaman petang tadi. Ni mat masak sehabis simple lah kiranya, guna bahan2 yang ada. Tapikan pada tekak mat lah, kalau masak spaghetti ni guna minyak zaitun, rasa dia memang ngam. Kali ni mat guna tomato dalam tin seperti gambar dibawah ni, boleh beli di Tesco, Giant, C4 atau Jaya Jusco. Buat semua minta maaf lah yea jika kebanyakkan N3 masakan resipi seakan2 sama je, bayangkan hari2 mat gebu masak kalau asyik resipi baru jee....pengggsaannn lah guaa beb!...hehe, akhir kata salam sayang dari DTS - Mat Gebu..

Ini lah rupa tomato dalam tin yang mat guna tu..wahh tayang jari gebu lagi..hehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g spaghetti yang belum direbus
1 tin tomato dalam tin (seperti dalam gambar)
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
2 batang sosej Ayamas, potong kecil
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering dalam botol
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit gula
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Sedikit daun basil (mat guna selasih)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti tadi dalam air mendidih yang diletak garam hingga spaghetti lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Tomato dalam tin di ramas hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga wangi, masukkan tomato tadi dan tumis hingga mendidih. Masukkan serbuk lada hitam dan sosej, masak hingga pekat.
  3. Masukkan sedikit gula dan juga spaghetti tadi, gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Tabur dengan daun selasih segar sebelum dihidangkan.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : SPAGHETTI WITH TOMATO SAUCE.

0 komentar:

Posting Komentar