Salam malam semua. Malam ni mat tak letak resipi apa yang mat buat untuk berbuka, yang tu insya Allah esok yea. Tapi malam ni saya nak re-post entri lama, tapi cerita yang baru, cuma gambar je lama punya. Bukan apa, masa untuk mat buat kuih raya belum sampai lagi, insya Allah 15 puasa nanti mat mula kan projek biskut raya pulak. Biasanya mat akan buat kek kukus dahulu, memandangkan ianya kek yang agak tahan lama. Lepas siap biskut2 raya, mat akan buat kek lapis pulak, tapi bukan lah kek lapis yang vogue2, cuma kek lapis biasa saja. Biskur dahlia merupakan sejenis biskut raya yang femes, sejak zaman nenek2 kita anak dara lagi. Hingga sekarang ianya mekar menjadi santapan ketika hri raya, kira biskut tradisi dalam kebanyakkan keluarga. Ada pelbagai resipi dan ada juga yang menggunakan marjerin. Pada mat, butter menjadi pilihan, kalau dulu butter GC, oleh sebab keraguan melampau, kita ganti dengan butter SCS atau Anchor....
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
0 komentar:
Posting Komentar